PRU-15: BERSATU Selangor mampu hadapi pertandingan tiga penjuru

KLANG 28 Mac – Jentera Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Selangor diingatkan agar sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi PRU-15, kata Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Zulkafperi Hanafi.
Beliau berkata, persediaan itu termasuk dari segi penerangan mengenai misi parti yang jelas terutama untuk merampas lebih dua pertiga kerusi yang terdapat di Selangor.
Sehubungan itu, katanya, sudah tiba masanya ahl-ahli Perikatan Nasional (PN) bangkit serta menjelaskan misi parti dan PN terutama dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Jika jentera kita kuat dan teguh, yakinlah bahawa PN mampu menolak DAP, PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Apabila kita kuat, kita juga mampu menghadapi PRU-15 walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.
“Saya mahu kita bangkit dan bidaslah mana-mana tohmahan yang mengutuk pemimpin kita,” katanya ketika merasmikan Dialog Penerangan BERSATU Malaysia bagi Penerangan BERSATU Negeri Selangor di sini.

Turut hadir, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Di samping itu, Zulkafperi mahu ahli-ahli BERSATU kerap turun padang dan menjelaskan mengenai kedudukan BERSATU dan PN selain kepemimpinan ‘Abah’. “Biar rakyat faham siapa ‘Abah’. Abah adalah Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai penerimaan kaum Cina dan India yang mula yakin terhadap ketelusan dan integriti PN.
“Mulai sekarang kita harus dekatkan diri dengan akar umbi dan berilah penerangan mengenai PN melibatkan semua kaum, Melayu, Cina dan India,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *