Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus beredar pulang keluar dari Dewan PWTC dan mengunci mulut tanpa sebarang komen sebaik selesai ucapan dasar yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pagi ini.
Abdul Hadi yang dikawal ketat diiring keluar dari dewan dan enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya wartawan berhubung ucapan dasar yang disampaikan Zahid.
Jelas kekecewaan diraut wajah Abdul Hadi semasa berjalan keluar dan satu komen pun tidak keluar daripada mulut presiden parti Islam apabila ditanya mengenai pendiriannya selepas mendengar ucapan yang diberikan oleh Zahid.
Tidak ada seorang pemimpin UMNO yang turut mengiringi Abdul Hadi keluar pulang dan hanya beberapa pegawai keselamatan sahaja yang berada disisi pemimpin utama PAS itu.
Zahid dalam ucapan dasarnya berkata UMNO memerlukan penjajaran politik dan mengulangi pendirian untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu dalam pilian raya umum nanti.
“Realiti politik hari ini, memerlukan UMNO melakukan penjajaran penyesuaian politik baharu untuk meneruskan matlamat penubuhannya.
“Kerana itulah kewajaran dan kematangan saf kepimpinan UMNO menolak kerjasama dengan PPBM setelah kita sedari ketidakjujuran muslihat politik yang dilakukan oleh mereka terhadap UMNO,” kata beliau semasa ucapan dasar di PAU pagi ini.
Zahid juga membidas kerajaan Perikatan Nasional sebagai gagal dan mendakwa mereka gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan kepada rakyat.
“Ingin saya tegaskan, dukungan terhadap pembentukan kerajaan Perikatan Nasional adalah demi rakyat.
“Kerajaan sebelumnya menzalimi rakyat. Mereka gagal melaksanakan manifesto yang akhirnya mereka akui ia bukan kitab suci. Malah janji 100 hari pertama pun semuanya ke laut!” katanya lagi.
Zahid juga menegaskan pendirian UMNO yang tidak akan mendukung gabungan politik dalam PN dimana PAS adalah salah satu parti komponennya.
“UMNO tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional.
“Ketetapan ini bukan hanya dari Majlis Kerja Tertinggi tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik PPBM. Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO,” katanya lagi.
Sumber berita: gendadaily.com