Sediakan 500 pek bubur lambuk, mengambil masa lima jam

CHUKAI 30 April – Sebanyak 500 pek bubur lambuk hasil tangan ahli-ahli BERSATU Bahagian Kemaman diedarkan kepada penduduk termasuk di bazar Ramadan dan pengguna jalan raya.

Penyediaan bubur lambuk yang mengambil masa lima jam itu diusahakan secara gontong-royong oleh 30 ahli BERSATU bahagian melibatkan Srikandi dan Armada serta diketuai Timbalan Ketua bahagian, Zawawi Ahmad.

Ketua Penerangan BERSATU Bahagian Kemaman, Mohd. Noor Mat Ail memberitahu, ahli-ahli BERSATU kemudian mengedarkan pek-pek bubur lambuk itu kepada pengguna jalan raya yang melalui sekitar bandar Chukai di sini.

“Kita pecahkan beberapa kumpulan untuk mengedarka pek-pek bubur lambuk ini termasuk di bazaar Ramadan, pasar dan rumah ke rumah.

“Tidak sampai satu jam, kesemua pek itu selesai diedarkan,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *