Polis daerah, BERSATU bahagian agih kuih raya, bubur lambuk kepada pengguna jalan raya

CUKAI 11 Mei – Menghargai tugas serta peranan pasukan polis yang merupakan antara barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19 yang secara langsung langkah itu dapat merapatkan hubungan polis dan masyarakat.

Melihatkan tugas berat pasukan polis terutama ketika pelaksanaan PKP yang melibatkan sekatan jalan raya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kemaman bersama pasukan polis mengambil langkah menyantuni pengguna jalan raya.

Langkah ini agar masyarakat memahami tanggungjawab polis dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam ketika negara dilanda musibah Covid,.
Dalam perkembangan terbaharu, BERSATU Bahagian Kemaman bersama kepemimpinan polis daerah telah menyantuni pengguna jalan raya dengan menyampaikan sumbangan pek kuih raya.

Ketua Penerangan BERSATU bahagian, Mohd. Noor Mat Ail membertahu, pengagihan kuih raya itu disertai oleh Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan dan Timbalan Ketua BERSATU bahagian, Zawawi Ahmad merangkap Presiden Kelab Legend 33.

“Penyampaian sumbangan kuih raya kepada pengguna jalan raya ini diselitkan dengan nasihat daripada kepemimpinan pasukan polis daerah supaya masyarakat mematuhi SOP sepanjang penguatkuasaan PKP.

“Malah, langkah ini juga dapat membei kefahaman kepada masyarakat mengenai tugas serta peranan pasukan polis dalam memastikan keselamatan masyarakat,” katanya.

Menurut Mohd. Noor, sebanyak 1,500 pek kuih raya dan bubur lambuk diagihkan kepada pengguna jalan raya dan pengagihan itu selesai dilakukan dalam masa dua jam.

“Bagi pihak BERSATU bahagian, kita ucapkan terima kasih kepada polis daerah atas kerjasama yang diberi demi kepentingan masyarakat,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *