Inspirasi Tan Sri Muhyiddin Yassin perkasakan belia sejajar fokus Armada BERSATU Bahagian Kota Raja 

KLANG 17 Mei – Armada Kota Raja mengucapkan terima kasih kepada Presiden BERSATU yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan kerajaan akan terus membantu golongan pemuda melalui usaha pemerkasaan belia ke arah pembangunan modal insan yang lestari dan berinovasi tinggi.

Ketua Armada BERSATU Bahagian Kota Raja, Muhammad Affendi Mohd. Dilif berkata, pendekatan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sejajar dengan hasrat, cadangan serta agenda Armada BERSATU Bahagian Kota Raja. Selain itu juga, Ketua Bahagian BERSATU Kota Raja juga amat menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan memberikan komitmen penuh didalam perlaksanaan setiap program yang melibatkan pembangunan pemuda ko khususnya di Parlimen Kota Raja.

Sehubungan itu, kata Muhammad Affendi, inspirasi Perdana Menteri itu membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan belia dan seterusnya mahu pengisian positif kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata, pandangan Armada BERSATU Bahagian Kota Raja sebelum ini yang mengingatkan golongan belia tidak harus diperkotak-katikkan oleh orang politik secara langsung menunjukkan bahawa belia perlu sentiasa diterapkan pengisian positif termasuk kerohnian.

“Terima kasih Perdana Menteri kerana sentiasa memperkasakan golongan belia diatas pengumuman pakej PEMERKASA bernilai RM20Billion membabitkan 20 inisiatif termasuk prihatin belia pada 17 Mei 2021 yang lalu . Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan terutamanya YBS Wan Ahmad Fayhsal selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua ARMADA Nasional yang sentiasa fokus dan serius mengambil berat terhadap masa depan belia.

“Usaha pengisian serta memperkasakan belia ini perlu berterusan.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam kejadian membakar suar baru-baru apabila ada dalang yang mementingkan politik peribadi menghasut belia untuk bertindak menyalahkan kerajaan.

“Kita yakin pendekatan Perdana Menteri untuk sentiasa memperkasakan belia sejak dahulu lagi adalah kerana kerajaan memandang serius bahawa belia adalah pewaris serta pelapis kepada kepemimpinan negara ini,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *