Zionis: Sikap sebenar pemimpin DAP terserlah

Penggunaan perkataan ‘bodoh’ oleh ADUN Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim dalam laman facebooknya sebagai respon terhadap perutusan Perdana Menteri mengenai konflik Palestin, merupakan jiwa sebenar pemimpin DAP itu yang tidak kisah langsung akan sensitiviti majoriti rakyat Malaysia.

Keceluparan Exco Selangor itu cuba itu cuba diselindung apabila kecamannya terhadap Perdana Menteri telah dipadam selepas dikritik oleh warga maya.

Namun tangkap layar kenyataan kurang ajarnya itu telah tersebar dalam media sosial dan akan kekal sebagai bukti bahawa ada pemimpin DAP yang bukan saja tidak bersimpati kepada Palestin malah memaki pula pemimpin negara kita yang bercakap mengenainya.

Saya ingin bertanya kepadanya adakah beliau menyokong Zionis? Adakah krisis ekonomi dan penularan wabak Covid-19 di negara kita menghalang untuk sesiapa saja mengulas bab Palestin secara terbuka? Adakah itu polisi DAP dan agenda pihak PH jika berkuasa kembali di negara ini nanti?

DAP wajar mengambil tindakan tatatertib terhadap pemimpinnya itu jika apa yang diluahkan itu bukan merupakan ideologi parti tersebut. Malah kerajaan negeri Selangor juga wajar memecat mana-mana Exco yang tebal sifat antinya terhadap elemen-elemen yang menjadi sensitiviti majoriti rakyat negara ini terutama Melayu Muslim seperti isu Palestin.

 

DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *