Apakah Chang Khim jadi ejen privokasi Israel?

Tindakan pemimpin DAP yang juga seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang yang mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, adalah satu perbuatan biadap dan tidak patriotik.

Kritikan kurang ajar Teng Chang Khim yang juga Exco kerajaan Selangor tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang Exco, ADUN dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

Chang Khim patut malu dengan diri sendiri dan malu kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Justeru, saya mendesak Chang Khim memohon maaf kepada Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau.

Saya juga hendak mempersoalkan adakah tindakan Chang Khim ini sebagai ejen provokasi kerajaan Israel yang mencuba memanipulasikan keadaan semasa termasuk mengkritik kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) ?

Adakah tindakan pemimpin DAP dan parti DAP mempunyai kaitan langsung dengan arahan negara haram Israel bagi mengganggu-gugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang menyokong kuat kepada perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin ?

Saya mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP yang mungkin menjadi boneka kepada negara haram Israel.

Saya mengulangi pendirian tegas bagi parti BERSATU supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang mencuba mengganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Pendirian negara Malaysia terhadap Palestin tidak ada kena-mengena langsung dengan pandemik Covid-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza. Isu yang berlaku di bumi Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang.

Maka tidak berasas langsung andainya dakwaan bahawa Perdana Menteri cuba mengalih persepsi rakyat Malaysia dalam permasalahan dalaman negara seperti pandemik Covid-19. Kerajaan PN sentiasa fokus dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan rakyat dan prihatin dengan permasalahan sejagat.

SENATOR DATUK RAZALI IDRIS

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU merangkap Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Terengganu

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *