Vaksin: Dahulukan wartawan langkah tepat

Kita masih lagi dalam suasana menyambut Hari Wartawan Nasional yang jatuh pada 29 Mei 2021.

Syabas kepada YB Khairy Jamaluddin yang mengumumkan beberapa hari lepas bahawa beliau telah menerima nama hampir 6,000 orang pengamal media yang akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin dalam masa terdekat.

Ini menunjukkan keprihatinan YB Khairy dan kerajaan Perikatan Nasional terhadap kebajikan pengamal media yang setiap hari memainkan peranan penting memastikan rakyat mendapat maklumat tepat.

Jasa wartawan dalam menyampaikan informasi terkini kepada rakyat memang tidak dapat dinafikan. Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting akan dapat disebarluaskan ke seluruh negara dengan cepat dan pantas, termasuklah berita-berita mengenai wabak yang sedang melanda.

Ramai wartawan meredah pandemik demi mendapat berita yang betul untuk dilaporkan. Maka memang amat wajarlah pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada pengamal media dengan cara meletakkan mereka sebagai ‘frontliners’ dan memberi keutamaan kepada mereka dalam mendapatkan vaksin.

Sebagai tanda penghargaan kerajaan Perikatan Nasional kepada para wartawan dan sempena Hari Wartawan Nasional, saya harap proses memberikan vaksin kepada wartawan akan dapat diselesaikan dengan seberapa cepat yang boleh supaya rakan-rakan pengamal media dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih yakin.

 

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN

Ketua Penerangan BERSATU Malaysia

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *