1,000 pek buah-buahan, sayur, produk IKS diagihkan kepada penduduk

PERMATANG PAUH  Julai – Armada Bersatu Permatang Pauh dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Komuniti Malaysia (PKPKM) Jabatan Pertanian negeri dan Vetreo Team serta  sokongan Pusat Khidmat ADUN Seberang Jaya,  Dr. Afif Bahardin telah  menjayakan Projek Prihatin Rakyat – ‘Charity Free Food’ di Seberang Jaya di sini.

 

Sebanyak 1,000 pek sayur-sayuran, buah-buahan dan produk  usahawan Pulau Pinang disumbangkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

 

Agihan barangan tersebut turut melibatkan ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah, OKU serta mereka yang terkesan dari pandemik Covid-19.

 

Armada Bahagian berharap program tersebut dapat meringankan bebanan ahli-ahli keluarga yang terjejas pendapatan dan mereka yang terputus bekalan makanan.

 

Malah, Armada Bahagian berjanji usaha tersebut akan terus diperkasakan lagi dengan pelbagai program serta inisiatif yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *