Inisiatif BERSATU agih beras kepada penduduk di 15 Parlimen

PADANG SERAI 6 Julai – Sebanyak 50 kampit beras diagihkan kepada setiap Parlimen dalam negeri Kedah untuk penduduk yang terkesan akibat Covid-19 dan memerlukan bantuan.

 

Agihan beras itu melibatkan 15 Parlimen dalam negeri berkenaan menjadikan 750 kampit beras keseluruhannya.

 

Kampit-kampit beras itu merupakan inisiatif Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Taufik Yaacob.

Langkah mengagihkan beras itu sedikit sebanyak berjaya mengurangkan beban penduduk terbabit yang terkesan akibat pandemik Covid-19 selain mereka yang hilang punca pendapatan.

 

Maklumat balas daripada penduduk, mereka amat menghargai setiap inisiatif kerajaan Perikatan Nasional (PN) di atas sumbangan yang diberikan.

 

Program penyerahan beras itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah merangkap Exco Kerajaan Negeri Kedah; Ketua Penerangan Negeri Kedah, Khairul Anuar; Ketua BERSATU Bahagian Merbok, Norasikin Abd. Salib dan Timbalan Ketua Armada Kedah, Mohd. Bazlisyam Basri.

 

BERSATU berpandangan langkah menyerahkan sumbangan itu lebih berkesan jika disampaikan terus ke tangan penduduk.

 

Sementara itu, Taufik mengingatkan rakyat supaya terus menangani dan memerangi pandemik Covid-19 kerana ia memerlukan kerjasama dan usaha bersama.

 

“Insya Allah kita semua mampu lakukan dan rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk memerangi pandemik ini,” katanya.

 

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *