Benarkan aktiviti niaga selepas lengkap vaksinasi COVID-19, cadang Armada

KUALA LUMPUR, 11 Julai — “Mereka yang telah mendapat suntikan vaksin yang kedua boleh menjalankan aktiviti seperti biasa termasuklah perniagaan mereka.”

 

Itu pandangan Ketua Armada BERSATU Kota Raja, Muhammad Affendi setelah meneliti situasi semasa dan keadaan ekonomi rakyat semakin hari semakin terjejas, termasuk ada yang telah membunuh diri akibat tekanan hidup.

 

Beliau mencadangkan agar kerajaan memberikan kad identiti sebagai bukti mereka telah lengkap vaksinasi COVID-19, di samping membantu mengembangkan semula ekonomi mereka yang terjejas.

 

“Mereka yang telah lengkap vaksinnya akan diberikan satu kad identiti sebagai bukti mereka telah lengkap vaksinnya dan dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa.

 

“Bagi kerajaan pula, haruslah menyediakan infrastuktur yang mencukupi serta meramaikan penguatkuasa sambilan untuk memantau dan memastikan mereka yang beroperasi menepati syarat yang telah ditetapkan.

 

“Bagi peluang kepada klinik atau hospital swasta untuk membeli vaksin agar peniaga-peniaga atau majikan yang ingin mempercepatkan operasi perniagaan mereka boleh terus mendapatkan khidmat swasta bagi memulihkan ekonomi mereka.

 

“Agensi kerajaan juga harus menerima produk-produk yang dibawa oleh syarikat tempatan mahupun luar negara yang mampu mengelakkan jangkitan COVID-19 kepada pengguna. Produk-produk tersebut hendaklah mempunyai kelulusan tertentu peringkat global sebelum ia dipasarkan. Ini kerana saya lihat banyak produk yang ada FDA, CE dan WHO dipasaran.

 

“Pihak menteri juga harus memudahkan urusan usahawan yang mencadangkan banyak peluang dan inisiatif untuk membantu mengembangkan semula ekonomi mereka yang terjejas,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *