PUM doakan  kesejahteraan Muhyiddin Yassin dan rakyat Malaysia 

KUALA LUMPUR 4 Julai – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mendoakan kesihatan  kepada Perdana Menteri yang menerima rawatan di hospital, agar diberikan kesembuhan dan dapat kembali semula bertugas memimpin negara.

 

Yang Dipertua PUM, Dato’ al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, dalam masa sama, PUM turut mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan kepada seluruh rakyat Malaysia daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda  dunia.

 

Sehubungan itu kata beliau, semua pihak perlu bersama-sama dalam menangani Covid-19 ini dan terus berwaspada dengan perkembangan semasa.

 

” Ini terutamanya apabila World Health Organization (WHO) menyatakan terdapatnya varian baharu Covid-19 yang cepat tersebar.

 

“Marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat dan berdoa bagi memohon diberikan kesihatan dan kesejahteraan, seperti doa berikut:

 

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

 

“Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah sakit (ini), sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan (dari)-Mu, kesembuhan yang tidak ada sakit selepasnya,” katanya.

 

Beliau berkata, semua pihak juga perlu bersatu dan menolak apa jua perbezaan, sebaliknya tumpukan kepada usaha bersama dalam memerangi pandemik Covid-19.

 

Ends

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *