Majlis Penyerahan Bayaran Zakat Perniagaan PTPTN berjumlah RM1.5 juta bagi tahun taksiran berakhir 31 Disember 2019 kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Sesi penyerahan disempurnakan oleh Encik Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN kepada Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan disaksikan YB Senator Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.