Hargailah Usaha Kerajaan, Pengorbanan Petugas Hadapan

Dari Meja Ketua Penerangan Bersatu Negeri Perak

Assalamualaikum WBT,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dilaksanakan  hampir satu minggu.

Yang terbaharu hampir semua negeri dikuatkuasakan dari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kepada PKP.

Ini jelas nenunjukkan kes Covid-19 semakin meningkat,.

Seterusnya Proklamasi Darurat dikuatkuasakan demi mengawal pandemik ini.

Insentif PERMAI diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bantuan tambahan untuk rakyat negara ini.

Berat mata memandang berat  lagi bahu memikul.

Itulah perumpamaan bagi petugas hadapan kita yang bermati-matian menghadapi cabaran dengan penuh  cekal demi menyelamatkan nyawa rakyat walaupun terpaksa mempertaruhkan  keselamatan diri sendiri dan keluarga.

Secara peribadi saya amat menghargai semua usaha mereka dan tiada kata yang boleh dibalas terhadap usaha yang dilakukan.

Kami hanya mampu berdoa untuk kalian terus cekal dan kuatkan semangat.

Kami akan menantikan kamu semua untuk sama-sama menyambut kemenangan ini dan anda adalah wira kami.

Ini adalah waktu untuk membanting tulang bersama barisan hadapan dan turun membantu serta menjaga kepentingan rakyat.

Yakinlah bawa kerajaan pimpinan Muhyiddin sedang bertungkus-lumus mengusahakan segala yang diperlukan rakyat.

Masa akan menentukan segala-galanya dan sekarang rakyat adalah agenda utama kita.

Demi rakyat kerana Allah SWT,
kekal tenang dan kekal di rumah.

KADEER MAIDIN
Ketua Penerangan BERSATU Negeri Perak merangkap
Ketua Bahagian Taiping

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *