Najib Digesa Bersikap Jujur – Hashim Suboh

hashimsuboh

Oleh Serayu Suria

KUALA LUMPUR 21 Jan. — Timbalan Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Hashim Suboh mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersikap jujur.

Hashim juga mahu Najib berhenti berpura-pura tidak tahu tentang mengapa perintah darurat dilaksanakan pada masa sekarang.

Hashim berkata, beliau jarang menegur perilaku Najib selama ini sebagai menghormati bekas Perdana Menteri itu kerana pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri ketika pemerintahan Najib pada 2008 – 2013.

Hashim mempersoalkan tindakan Najib yang meminta Tengku Zafrul berlaku jujur tentang keperluan perintah darurat di lain-lain negara yang katanya hanya untuk membolehkan ‘lockdown’ dikuatkuasakan .

Sebelum ini Najib juga mempersoalkan mengapa darurat di Malaysia melibatkan pergantungan Parlimen.

Hashim turut mencabar Najib untuk memberitahu rakyat Malaysia di negara manakah ada ahli Parlimen yang taksub untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan seperti mana dilakukan sebilangan ahli Parlimen di Malaysia tanpa mengira waktu.

“Bolehkah Datuk Seri (Najib) menafikan penglibatan Datuk Seri dalam sebahagian agenda untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kerajaan sedang berdepan dengan pandemik Covid19 ini?” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Hashim turut mempersoalkan apakah rasional untuk memaksa peralihan kerajaan atau mengadakan pilihan raya umum ketika Covid-19 ini semakin terukĀ  melanda negara kita?

Hashim berkata, beliau yakin Najib juga tidak berlaku jujur kepada rakyat dan negara pada ketika ini dengan tindakannya terus mencetuskan provokasi politik dan seterusnya cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *