Ronald lancar misi bantuan banjir ke Pahang

21 Januari 2021

Misi MAFI Prihatin ke Pahang hari ini bagi meringankan beban penduduk yang terkesan banjir di negeri tersebut.

MAFI Prihatin ini melibatkan penghantaran bantuan makanan, keperluan asas dan peralatan elektrik ke empat parlimen di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Kuala Krau dan Maran.

Bantuan Banjir MAFI Prihatin merupakan hasil sumbangan dan tanggungjawab sosial pelbagai Jabatan dan Agensi dibawah MAFI antaranya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Selain produk makanan, turut disampaikan juga tajaan beras oleh pihak Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).


Bantuan lain pula berupa barangan peralatan elektrik dan kelengkapan asas bagi membantu meringankan beban penduduk di kawasan yang terjejas banjir terutamanya kumpulan sasar MAFI iaitu petani, penternak dan nelayan yang akan diserahkan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang terlibat.

Misi MAFI Prihatin ini akan diteruskan ke negeri-negeri yang terjejas banjir bagi meringankan beban mangsa banjir.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *