KAMI CUBA MEMBANTU SEDAYA KAMI – Armada JB

Johor Bahru – 25 Jan, Dalam suasana kita menghadapi waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pastinya akan ada insan yang tersepit dalam kesusahan.

Pelbagai luahan yang didengar dari rakyat apabila PKP ini diumumkan. Rata-rata dari mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung dari kerja harian atau sumber dari perniagaan.

Inisiatif anak muda dari Johor Bahru iaitu Zarief Halid selaku Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru sentiasa peka dan mengambil berat tentang perihal masyarakat setempat lebih-lebih lagi kini berada dalam fasa PKP 2.0.

Baru-baru ini beliau menerima satu berita seorang anak muda berada di Skudai Johor amat memerlukan bantuan alat perubatan untuk ibunya yang sedang sakit.

Alif Daud, 27 Tahun berkata “Saya kini hilang pendapatan setelah tiada lagi kerja sejak PKP diumumkan dan saya hilang sumber untuk membiayai perubatan ibu saya”.

Mendengar luahan itu, Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru bergegas ke rumah tersebut dan didapati ibu mangsa Puan Aminah Binti Togimin 74 Tahun juga mengalami penyakit lelah dan memerlukan gas bantuan pernafasan setiap bulan.

Pihak Armada Bahagian Johor Bahru kini sedang giat berusaha membantu mendapatkan dana bantuan bulanan dari saluran tertentu dengan harapan dapat meringankan beban mereka.

Di samping itu, Zarief bersama Armada Johor Bahru setiap minggu mengadakan program Kongsi Rezeki pada golongan yang terkesan akibat PKP. Program mereka konsisten dan mendapat perhatian banyak penderma-penderma yang ingin turut serta membantu.

Sebarang bentuk bantuan boleh disalurkan dengan menghubungi saudara Zarief Halid 0127948091

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *