Kenyataan Media YAB Perdana Menteri mengenai Sokongan Ahli-Ahli Dewan Rakyat

Saya mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Dakwaan ini hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah.

Saya memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini. InsyaAllah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Perdana Menteri Malaysia

23 September 2020

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *