Ini taktik Anwar, harap rakyat dapat baca strategi yang dimainkan – Bendahari Bersatu Sabah

Kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyelar kenyataan Presiden PKR yang mengatakan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh.

Bendahari Bersatu Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menjelaskan kenyataan Ahli Parlimen Port Dickson itu hanya taktik dan strategi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini.

Tambahnya, beliau yakin barisan ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

“Saya harap rakyat dapat membaca strategi yang dimainkan oleh pihak sebelah untuk mengaburi mata dan mempengaruhi pihak yang mahu menunaikan tanggungjawab mengundi Sabtu ini.

“Saya yakin ini sandiwara dan lakonan daripada beliau (Anwar) sahaja,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Rabu.

Dalam sidang media awal hari ini, Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, beliau telah mempunyai sokongan majoriti yang kukuh daripada Ahli Dewan Rakyat untuk membentu kerajaan baharu.

Ujarnya lagi, dengan sokongan itu, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah ‘jatuh’.

–AWANI

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *