Hantar satu PATI, dapat satu pekerja yang sah

PUTRAJAYA, 3 Dis – Kerajaan dapat menghapus sekatan pengambilan pekerja asing sekiranya syarikat majikan bersedia membiayai kos penghantaran pekerja asing tanpa izin (PATI), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini.

Cadangan itu, tertakluk kepada kelulusan Kabinet,  ia adalah pertukaran yang bertujuan untuk mengurangkan kos penahanan oleh kerajaan, kata Hamzah.

“Anda hantar balik satu, kerajaan bagi kebenaran bawa masuk yang sah satu,” katanya kepada wartawan di sini.

Kementerian Dalam Negeri adalah satu daripada dua kementerian yang membentuk sebuah jawatankuasa yang ditugaskan untuk merombak sistem pengambilan pekerja asing.

Kementerian Sumber Manusia, yang bersama dalam panel itu, membekukan pengambilan pekerja asing pada bulan Julai lalu dalam usaha meningkatkan pekerjaan bagi penduduk tempatan.

Wabak Covid-19 telah menyebabkan 100.000 pekerja menjadi penganggur hingga September lepas, di mana kementerian mendedahkan di Parlimen awal minggu ini, walaupun beberapa ahli ekonomi bebas menganggarkan jumlahnya jauh empat kali ganda dari angka rasmi.

Cadangan jawatankuasa itu mungkin disebabkan oleh tekanan dari industri yang tidak lagi mendapat pengambilan pekerja. Tenaga kerja asing yang murah membentuk tenaga kerja utama bagi sektor-sektor utama seperti pembinaan dan pertanian.

Hamzah menyarankan cadangan pertukaran itu sebagai penyelesaian untuk semua pihak, sama ada kerajaan ataupun swasta.

“Kami menganggap ini formula baik [membantu mereka] untuk membantu kerajaan sehingga kami dapat mengurangkan kos [untuk tahanan dan hatar pulang],” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan terdapat lebih 15,000 PATI yang kini ditahan di depot tahanan utama di seluruh negara.

Hamzah berkata, kerajaan boleh membenarkan seperempat dari mereka untuk bekerja semula. Beliau tidak mengulas ketika ditanya mengapa selebihnya tidak layak bekerja.

“Hanya 15 peratus yang sesuai untuk pekerjaan, selebihnya tidak dapat bekerja semula kerana ada pelbaagi sebab,” katanya.

“Contohnya, ada yang tertangkap mencuri, kita tidak boleh membiarkan mereka bekerja. Kemudian yang lain melakukan pelbagai kesalahan imigresen, ”tambah menteri itu.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *