Armada Turun Padang Bantu Keluarga Malang

Oleh Serayu Suria

KUALA LUMPUR 22 Jan. –   Armada Selangor
menziarahi sebuah keluarga kurang bernasib baik yang sebelum ini turut dibantu oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal.

Rombongan ziarah itu diketuai oleh Ketua Armada Selangor, Haszrilhafizi Mohayan  dan pimpinan Bahagian Bersatu Petaling Jaya serta Armada Bahagian.

Dalam satu kenyataan, Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, Armada akan terus membantu keluarga tersebut menggunakan saluran yang ada.

”Kita akan cuba membantu khususnya dalam perniagaan ais krim yang diusahakan keluarga berkenaan untuk menampung perbelanjaan sebelum ketua keluarga terbabit hilang pekerjaan.

“Alhamdulillah anak-anak mereka yang terkesan pun sudah bertambah sihat,” katanya.

Wan Ahmad Fayshal turut mengucapkan terima kasih kepada Nik Ezanee yang membantu keluarga itu kelmarin.

Wan Fayshal berharap rakyat dapat sama-sama membantu jiran tetangga dan masyarakat setempat yang terkesan dengan cabaran Covid-19 melalui saluran kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *