Kenyataan Media Perikatan Nasional Melaka

Selaras dengan tertubuhnya struktur organisasi Perikatan Nasional di peringkat nasional, Perikatan Nasional Melaka telah mengambil ketetapan untuk menubuhkan struktur organisasinya bagi memastikan usaha untuk menggerakkan program-program membela dan memperkasa rakyat Melaka dapat direalisasikan.

Justeru itu, perbincangan telah diadakan antara saya selaku Pengerusi Perikatan Nasional Melaka/ Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka bersama Pesuruhjaya PAS Melaka, YBhgDatuk Ustaz Kamarudin Sidek bagi membentuk Jawatankuasa Perikatan Nasional Melaka seperti berikut;

Pengerusi: YB Datuk Mohd Rafiq Bin Naizamohideen
Naib Pengerusi: Datuk Ustaz Kamarudin Bin Haji Sidek
Naib Pengerusi: Dr. Mohd Yadzil Bin Yaakub
Setiausaha: Zamzuri Bin Arifin
Penolong Setiausaha: Ts. Mohamad Ridzwan Bin Mustafa
Bendahari: Mohd Azrudin Bin Datuk Md Idris
Ketua Penerangan: Hj Bakri Bin Jamaluddin
Ketua Wanita: Azalina Binti Abdul Rahman
Ketua Pemuda: Ustaz Haji Ahmad Bilal Rahudin
Naib Ketua Wanita: Hajjah Aziah Binti Md Saad
Naib Ketua Pemuda: Mohd Afiq Nazmi Bin Datuk Azharin
Ahli Jawatankuasa:
YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Haji Samsudin
YB Datuk Noor Effandi Bin Ahmad
YBhg Datuk Hishamuddin Abdul Karim
Ustaz Wan Zahidi Bin Wan Ismail
Puhat Bin Bedol
Asri Bin Shaik Abdul Aziz
Setiausaha Kerja: Mohamad Nazim Bin Datuk Hj A Samad

Bagi membantu rakyat Melaka yang terjejas teruk dan kehilangan kerja/punca pendapatan sepenuhnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, Perikatan Nasional Melaka mengambil inisiatif untuk melancarkan program bantuan Food Bank Prihatin Melaka (FBPM).

FBPM akan mengumpulkan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang ramai yang ingin menyumbang kepada program ini dalam bentuk barangan keperluan makanan asas. Proses kelulusan permohonan akan dijalankan secara berperingkat berdasarkan kemampuan dan jumlah sumbangan yang diterima Perikatan Nasional Melaka. Mekanisme permohonan akan diwar-warkan melalui laman Facebook Rasmi Perikatan Nasional Negeri Melaka. Untuk permulaan, Perikatan Nasional Melaka akan mengedarkan 1,000 kit makanan bernilai RM 50,000 kepada Rakyat Melaka yang kehilangan kerja/punca pendapatan sepenuhnya.

Perikatan Nasional Melaka juga menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah memberi perkenan pengisytiharan proklamasi darurat untuk dilaksanakan di seluruh negara. Perikatan Nasional Melaka berharap agar semua pihak tidak mempertikaikan dan dapat menghormati kebijaksanaan serta keputusan yang telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia tercinta.

Perikatan Nasional Melaka juga menyambut baik inisiatif Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM 15 Bilion yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Perikatan Nasional. PERMAI diyakini dapat membantu memerangi wabak Covid-19, memelihara kesejahteraan rakyat dan merangsang ekonomi negeri Melaka dan negara yang terjejas ketika ini.

 

YB DATUK MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL MELAKA
22 JANUARI 2021

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *