Program Back To School: 50 Murid Anak Warga PDRM Mendapat Beg Sekolah 

DUNGUN 22 Jan. – Ceria sebab dapat ke sekolah, ditambah pula mendapat beg sekolah baharu.

Itulah kegembiraan yang digambar oleh 50 orang murid dari keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di daerah ini setelah menerima sumbangan beg sekolah dalam program Back To School.

Program itu disempurnkan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun, Dato’ Abd. Aziz Ismail dan turut dihadiri Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsul Bahri serta Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah).

“Program ini bukan sahaja sebagai khidmat murni dan keprihatinan kepada masyarakat, malah bagi menghargai jasa pasukan polis.

“PDRM komited dalam membantu masyarakat terutama ketika negara sedang menghadapi merebaknya pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu rakyat seharusnya tahu serta memahami tugas serta tanggungjawab anggota polis dan ini boleh dilakukan dengan memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Menjawab pertanyaan, Abd. Aziz berkata, sumbangan beg sekolah itu sebagai penyuntik semangat kepada murid-murid untuk terus belajar memandangkan ibu bapa mereka sibuk menjalankan tugas keselamatan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *