Gerakan Ekonomi Luar Bandar Dilancar Tingkat Pendapatan Penduduk Luar Bandar Bintulu

BINTULU 6 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bintulu melancarkan Gerakan Ekonomi Luar Bandar melalui Skim Pertanian terancang bagi meningkatkan ekonomi penduduk.

Melalui gerakan itu penduduk diberikan benih ternakan haiwan dan biji kelapa sawit sebagai usaha mengembangkan lagi ekonomi mereka.

Ketua BERSATU Bahagian Bintulu, Duke Janteng memberitahu, penyerahan benih ternakan serta biji kelapa sawit itu diberikan kepada wakil-wakil penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena.

Beliau berkata, BERSATU Bintulu telah menetapkan agenda menyasarkan setiap keluarga luar bandar di Bintulu akan mencapai pendapatan isi keluarga RM1,500 sebulan mulai 2025.

“Pendapatan penduduk pada masa ini amat rendah dan kita sedang berusaha meningkatkan pendapatan mereka agar dapat mencapai RM1,500 sebulan.

“Setakat ini kita sudah serahkan kira-kira 25,000 biji kelapa sawit kepada penduduk bagi membolehkan mereka memperluaskan lagi tanaman tersebut,’’ katanya.

 

Menurutnya, penduduk di kawasan berkenaan yang majoriti terbabit dalam pertanian dan ternakan boleh memanfaat benih ternakan dan pertanian itu untuk menjana pendapatan dan ekonomi mereka.

“Penduduk di sini yang beroleh pendapatan dari hasil pertanian dan ternakan dapat menggunakan benih-benih itu untuk mengembangkan lagi ekonomi mereka.

“Sebagai penduduk yang selama ini berusaha keras menjana ekonomi melalui pertanian dan ternakan, pemberian benih ternakan dan pertanian ini amat bererti dan memberikan harapan besar untuk mereka meningkatkan usaha.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *