40 Keluarga Kurang Berkemampuan di DUN Paka Terima Beras, Barangan Dapur

DUNGUN 6 Feb. – Sebanyak 40 keluarga kurang berkemampuan yang terkesan akibat banjir dan Covid-19 menerima sumbangan beras serta barangan dapur lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka.

Turut menerima sumbangan ialah seorang wanita telah berusia dari sebuah keluarga tidak berkemampuan yang diberikan sebuah kerusi roda untuknya.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Dungun, Dato’ Abdul Aziz Ismail memberitahu, keluarga terbabit dibantu setelah terkesan daripada segi ekonomi, pendapatan dan kesihatan akibat Covid-19 dan banjir.

Beliau berkata, BERSATU Dungun mengambil inisiatif mengenal pasti pihak yang memerlukan bantuan dan berikutan itu 40 keluarga telah dikenal pasti untuk menerima bantuan dalam DUN Paka.

“Beras dan barangan dapur ini bagi meringankan beban harian mereka, tambahan pula kos sara hidup kian meningkat yang melibatkan kenaikan harga barangan.

“Menyedari keadaan ini, BERSATU Bahagian Dungun bersama Armada dan Srikandi mengambil inisiatif membantu keluarga terbabit.

“Bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dan yang penting kegembiraan mereka jelas terbayang apabila menerima sumbangan tersebut,’’ katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *