Program Jualan Prihatin Rakyat Diperluas, Bantu Penduduk B40

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Program Jualan Prihatin Rakyat anjuran BERSATU Bahagian Lembah Pantai dan Perikatan Nasional (PN) akan diperluaskan ke semua kawasan kediaman sebagai usaha meningkatkan pendapatan penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Dalam program berkenaan, penduduk berpeluang menjual barangan kering dan basah dengan harga berpatutan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Lembah Pantai, Ir. Zainal Ariffin Osman memberitahu, program itu bukan sahaja menguntungkan usahawan atau penjual, malah juga pengguna serta pembeli.

 

 

 

 

 

 

 

“Usahawan menawarkan harga yang berpatutan dan dapat meningkatkan pendapatan mereka.

“Pembeli pula akan beroleh harga yang rendah dengan kualiti barangan terbaik,’’ katanya pada pelancaran Program Jualan Prihatin Rakyat di tapak pasar malam Taman Seri Sentosa di sini.

Program itu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta mematuhi prosedur operasi standard.

Beliau menambah, program yang sama akan diperlukan di kawasan lain yang ramai penduduk dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai.

“BERSATU sedar mengenai keperluan rakyat sama ada usahawan mahupun pengguna terutama mereka yang tergolong dalam kategori B40.

“Sebab itu program ini dilancarkan sebagai usaha membantu golongan terbabit,’’ katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *