BERSATU Bandar Tun Razak Terima 200 Permohonan Menjadi Ahli Bersekutu Dari Kaum Cina, India

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bandar Tun Razak hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila  menerima penyerahan borang keahlian Bersekutu BERSATU.

Sebanyak 100 permohonan dari kaum Cina diserahkan oleh wakil penduduk, Tan Peng Beng manakala 100 lagi permohonan pula dari kaum India yang diwakili Muhrali.

Peng Beng ketika ditemui memberitahu, masyarakat Cina kini semakin yakin terhadap kerajaan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa peka  terhadap kehendak serta kebajikan rakyat berbilang kaum.

Sementara Muhrali yang mewakili kaum India pula berkata, masyarakat India sentiasa menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin kerana dilihat mengutamakan kehendak rakyat.

“Dengan tertubuhnya ahli Bersekutu BTR saya yakin untuk sama-sama  memperjuangkan nasib kaum India,’’ katanya.

Borang keahlian itu diserahkan kepada Timbalan Ketua Bahagian BTR, Shaharuddin Hanifah dan Setiausaha Bahagian, Yusman Yusop serta disaksikan oleh Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *