Pas Gesa Kerajaan Tingkatkan Mekanisme Untuk Tangani Kenaikan Harga Barang

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Kerajaan digesa meningkatkan lagi mekanisme dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barangan yang ada kaitan dengan kenaikan harga bahan mentah.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara, antara isu yang terkesan kepada rakyat ialah kenaikan harga barang.

Jelasnya, kenaikan itu lebih terkesan apabila ramai kalangan rakyat yang hilang pekerjaan dan ini secara langsung memberi impak besar kepada kehidupan harian mereka.

“Lebih terkesan ialah penduduk luar bandar yang terpaksa menanggung harga yang tinggi.

“Pas menggesa kerajaan mencari jalan yang perlu serta mengambil langkah-langkah sesuai untuk menangani masalah ini serta membantu rakyat terutama mereka yang kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan,’’ katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, walaupun antara langkah diambil untuk membantu rakyat termasuk melalui i-Sinar, namun kerajaan harus pastikan bantuan tersebut diterima secara menyeluruh terutama mereka yang benar-benar layak.

“Harapan kita tiada orang yang benar-benar layak tetapi tercicir dari menerima bantuan i-Sinar itu,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan menggunakan mekanisme yang ada untuk memastikan rakyat menerima bantuan i-Sinar itu.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *