Kaji semula larangan rentas negeri demi sektor pelancongan

KUALA TERENGGANU 20 Feb. – Kerajaan melalui  Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta mengkaji semula langkah melarang rentas sempadan antara negeri kerana keadaanitu menyebabkan sektor pelancongan melibatkan negeri-negeri dalam negara ini terjejas teruk berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang juga Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Marang, Senator Datuk Razali Idris berkata, kajian semula itu penting memandangkan banyak kawasan pelancongan tempatan sepertiPulau Kapas, Tioman, aktiviti feri penumpang, pengusaha resort dan beberapa kawasan lainterjejas teruk kerana ketiadaan pelancongtempatan.

Jelasnya, kerajaan boleh memikirkan bahawaantara cara membenarkan perjalanan rentassempadan melibatkan negeri-negeri ialah penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Rentas daerah dalam negeri tidak menjadimasalah tetapi jika kawasan pelancongan itu diTerengganu, hanya orang di negeri itu sahaja yang boleh pergi ke situ.

Jika dibenarkan rentas sempadan antaranegeri tetapi dengan SOP yang ketat, sayapercaya aktiviti pelancongan dan ekonomi dalam negara akan dapat berkembang semula,’’ katanya.

Namun begitu, kata beliau, SOP yang ketat ituperlu meliputi keputusan ujian Covid-19 sebagai bukti sebelum rentas sempadan negeri-negeri dibenarkan.

Keputusan Covid-19 itu perlulah yang terbaharu atau terkini. Juga kena pastikan tiada penipuan dari keputusan tersebut.

Oleh itu, SOP dan mekanisme untukmemastikan keputusan Covid-19 itu tidak palsuatau ada penipuan, perlu difikirkan sebelum rentas sempadan antara negeri dibenarkan,’’ katanya.

Di samping itu kata beliau, jumlah pelancong disesuatu tempat itu juga perlu dikecilkan ataudihadkan pada kadar tertentu sebagai langkahmemastikan Covid-19 tidak menular.

Untuk permulaan biarlah jumlah pelancong tempatan itu dikurangkan. Apa yang kita mahu walaupun jumlah pelancong dikecilkan asalkan aktiviti pelancongan dapat bergerak walaupun dalam kadar perlahan.

Jika keadaan sudah pulih sepenuhnya barulah jumlah pelancong itu ditambah,’’ katanya.

Beliau seterusnya memberi contoh bagaimana kebenaran boleh minum dan makan di kedai atau restoran kini dibenarkan dalam jumlah yang lebih besar.

Aktiviti restoran dan kedai makan sebelum ini(tidak boleh makan di kedai) dan yang terkini(kebenaran diberi untuk makan di kedai) telah menggerakan ekonomi kedai makan.

Kita juga mahu aktiviti dan ekonomi pelancongan dapat digerakkan kerana ia menjejaskan pengusaha resort, calet, feri dan banyak lagi.

Harapan kita, kerajaan melalui MKN dapat memikirkan keadaan ini serta menggenakan syarat atau SOP yang ketat,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *