29 keluarga Iban di enam rumah panjang DUN Kemena mendapat biji benih kelapa sawit

BINTULU 27 Feb. – Sebanyak 29 keluarga Iban melibatkan enam buah rumah panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena boleh menarik nafas lega apabila mereka diberikan biji benih kelapa sawit dalam program ekonomi luar bandar di sini.

Pemberian itu melibatkan 2,900 biji benih dan sehingga kini di bawah program berkenaan sebanyak 32,000 biji benih sawit telah diserahkan kepada penduduk luar bandar sebagai sasaran meningkat pendapatan setiap keluarga kepada RM1,500 sebulan.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Bintulu, Duke Janteng berkata, di bawah program ekonomi luar bandar itu sehingg kini sebanyak 320 keluarga telah diserahkan biji benih.

Jelasnya, BERSATU bahagian menyasarkan sebanyak 2,500 keluarga dalam program ekonomi luar bandar itu.

“Kita bukan sahaja sasarkan pendapatan satu keluarga RM1,500 sebulan, malah setiap keluarga dapat menanam 500 pokok kelapa sawit,’’ katanya.

Beliau berkata, program ekonomi luar bandar itu akan diteruskan bagi mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

“Walaupun biji benih telah diserahkan, kita akan terus memberi khidmat nasihat serta memantau setiap perkembangan ekonomi keluarga,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *