200 pelajar sekolah terima beg sekolah dalam Parlimen Nibong Tebal

NIBONG TEBAL 28 Feb. – Sebanyak 200 pelajar sekolah rendah dan menengah di sini yang akan memulakan sesi persekolahan pasti merasa gembira apabila mendapat beg sekolah baharu dalam program Back To School.

Selain beg sekolah, sumbangan wang tunai turut disampaikan sebagai usaha mengurangkan bebanan ibu bapa bagi menyediakan peralatan sekolah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman memberitahu, pemberian beg sekolah itu dapat mengurangkan bebanan ibu bapa yang perlu menyediakan pelbagai kemudahan untuk anak-anak apabila bermulanya sesi persekolahan baharu.

“Atas kesedaran ini ditambah pula ibu bapa kini terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah, Parlimen Nibong Tebal mengambil inisiatif untuk menyerahkan beg sekolah selain wang tunai kepada ibu bapa,” katanya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh Zulkfli Ibrahim dan Ketua BERSATU Bahagian Nibong Tebal, Yaakob Osman.

Mansor menambah, pihaknya sentiasa prihatian dengan permasalahan dihadapi penduduk dan akan berusaha sedaya upaya menyelesaikan segala permasalahan yang mereka hadapi.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *