`Abah contoh pemimpin disenangi rakyat’ – Srikandi Muda

KUALA LUMPUR 1 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terbukti sebagai pemimpin contoh yang disenangi rakyat kerana jiwa beliau yang sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat.

Pengerusi Srikandi Muda Malaysia, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, walaupun Abah (Muhyiddin) tidak dapat turun dengan kerap bertemu rakyat disebabkan penularan Covid-19 dan PKP, namun rakyat tahu bahawa jiwa beliau sentiasa bersama rakyat.

Beliau berkata, kini setelah setahun menjawat jawatan Perdana Menteri, rakyat kian menyenangi setiap usaha Muhyiddin dalam membela nasib rakyat.

“Rakyat menyenangi Abah kerana beliau sentiasa ada bersama rakyatnya.

“Usaha Abah sejak awal menjawat jawatan Perdana Menteri ialah membantu rakyat serta menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.

“Rakyat begitu menyenangi kepemimpinan Abah,’’ katanya.

Sehubungan itu, kata Ema Syuhaili, Srikandi Muda yang mewakili setiap lapisan masyarakat  berterima kasih kepada Abah kerana sentiasa bersama rakyat walaupun dalam keadaan susah.

“Terima kasih Abah. Doa kami sentiasa bersama Abah,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *