PUTRAJAYA 1 Mac – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerana memberi beliau peluang untuk berkhidmat dalam barisan Kabinet.
![](https://bersatu.org/wp-content/uploads/2021/02/tokpa-1024x538.jpeg)
“Saya bersyukur kerana dapat berkhidmat dengan barisan menteri yang berpengalaman dan komited, bekerja untuk rakyat, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
“Seluruh barisan menteri bekerja sebagai satu pasukan yang mantap, bersama-sama berkhidmat untuk memulihkan ekonomi negara dan menangani krisis kesihatan yang berpunca daripada pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah, genap setahun Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Insya-Allah tahun ini ekonomi negara akan pulih dan pandemik Covid-19 dapat dibendung.
“Semoga Allah melindungi negara kita dan rakyat Malaysia,’’ katanya mengulas genap satu tahun Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri.