Guru tadika menjadi barisan hadapan memastikan pendidikan awal kanak-kanak tidak terbiar  

ALOR SETAR 18 Mac – Walaupun cabaran getir dihadapi pengusaha dan guru tadika untuk meneruskan operasi pasca-PKP namun mereka sanggup berkorban untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak dapat diteruskan seperti biasa.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Alor Setar, Dzowahir Abdul Ghani berkata, pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan bagi menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental.

Beliau berkata, melalui tugas guru itu, didikan yang diberi nampak seperti mudah pada mata kasar tetapi hakikatnya ia adalah satu tanggungjawab amat besar.

“Menjadi harapan guru-guru agar kanak-kanak yang dididik dapat , menumpukan perhatian dan membina daya keintelektualan yang tinggi,” katanya semasa melawa Tadika Kemas Kg. Kuala Alor  di sini.

Jelasnya, pembinaan sesuatu bangsa dan tamadun itu juga bermula dengan pendidikan dan sehubungan itu pendidikan sejak kecil haruslah ditekankan..

“Tadika bukan sahaja tempat menghantar anak untuk asuhan semasa ibu bapa bekerja namun ia amatlah penting dalam membentuk negara bangsa pada masa hadapan.

“Oleh itu, guru yang terlatih dan mendapat latihan formal adalah penting dalam proses ini,” katanya.

Selain itu, guru dan pengusaha tadika juga perlu menitikberatkan  tahap keselamatan murid  bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, termasuk jangkitan Covid-19 dalam kalangan murid.

“Semua pihak termasuk murid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM), selain terus mengamalkan kebiasaan baharu bagi mengawal penularan Covid-19,” katanya.

Dalam lawatan tersebut, Dzowahir bersama jentera bahagian turut mengagihkan cenderamata kepada guru dan murid-murid tadika.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *