Kesepakatan GRS perlu dicontohi parti, pemimpin politik di Semenanjung

KOTA KINABALU: Persefahaman dan ikatan kukuh rakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah wajar dicontohi oleh pemimpin politik di negeri-negeri lain.

Jelas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kesepakatan rakan komponen GRS yang kekal mempertahankan mandat rakyat mampu memacu pembangunan ekonomi sekali gus menyumbang kepada kesejahteraan rakyat Sabah.

“Apabila Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ditubuhkan di negeri Sabah, keakraban dan kerjasama dalam gabungan GRS itu begitu kuat.

“Ianya seharus dijadikan contoh kepada semua pemimpin-pemimpin politik dan parti politik di negeri-negeri lain.

“Saya sangat harap kestabilan politik di negeri ini akan terus kuat dan kukuh dan kami di Semenanjung seharusnya menjadikan Sabah ini sebagai satu contoh amat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai senario semasa politik di Sabah.

Ahmad Faizal dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak di Sabah untuk berhenti berpolitik demi kelangsungan pembangunan ekonomi pasca COVID-19.

“Selepas PRN Sabah yang sudah, bagi saya cukup-cukuplah berpolitik.”Kini adalah masa untuk kita berkhidmat untuk negeri Sabah dan rakyat di negeri ini,” katanya

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *