Dua keluarga terselamat, pokok durian hempap rumah

TANAH MERAH 26 April – Dua keluarga yang sedang beristirehat dalam rumah mereka, digemparkan dengan bunyi detuman kuat, apabila rumah yang mereka diami dihempap pokok durian.

Kejadian malam tadi itu berlaku ketika hujan ribut di Kampung Batu 7 di sini.
Namun, kesemua ahli keluarga terbabit bernasib baik kerana tiada kecederaan berlaku.B

Bagaiamanapun ahli-ahli keluarga berkenaan terpaksa mencari atau menumpang di rumah lain sementara menunggu rumah mereka dapat dibaiki.

Susulan kejadian itu, Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tanah Merah, Bahari Mohamad Nor bersama ahli jawatankuasa bahagian telah menziarahi mangsa terbabit selain menyampaikan sumbangan segera.

“Sebaik sahaja menerima maklumat mengenai kejadian itu, kita telah menziarahi keluarga terbabit.

“BERSATU bahagian ini turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan dapur memandangkan dua keluarga terbabit buat sementara tidak boleh tinggal di rumah tersebut,” katanya.

Bahari menambah, pihaknya juga sedia membantu keluarga berkenaan mengikut keperluan dan keadaan.

“Yang penting ahli-ahli keluarga terbabit terselamat, itu yang utama,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *