PN edar 1,600 pek edar bubur lambuk kepada penduduk

SEBERANG PERAK 26 April – Sebanyak 1,600 pek bubur lambuk diedarkan termasuk 600 pek di bazar Ramadan sekitar Seberang Perak oleh Perikatan Nasional (PN) di sini.

Dalam Program Bubur Lambuk Srikandi – Armada itu, bubur lambuk berkenaan disediakan bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari secara gotong-royong sebelum diedarkan kepada penduduk.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pasir Salak, Dato’ Zainol Fadzi memberitahu, kesemua pek bubur lambuk itu habis diedarkan kepada penduduk di kampung-kampung sekitar kawasan berkenaan dalam masa singkat.

Menurut beliau, program berkenaan anjuran Cawangan Bandar Baru Pusat Seberang Perak di Felcra Changkat Lada di sini.
“Kesemua bubur lambuk itu habis diedarkan dalam masa singkat dan penduduk menyukainya.

“Turut hadir dalam program gotong-royong dan mengedar bubur lambuk ini ialah wakil Pas kawasan,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya juga menerima permintaan tambahan daripada penduduk yang mengesyorkan agar program yang sama diteruskan.

“Kita akan pertimbangkan permintaan ini dan yang penting PN akan sentiasa menyantuni penduduk termasuk melalui pengedaran bubur lambuk,” katanya.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *