Pelan Pemulihan Negara Tepat Pada Masanya -Armada

PELAN PEMULIHAN STRATEGIK

Biro Ekonomi Armada Malaysia menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam melaksanakan Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berdasarkan pelan yang dibentangkan kami yakin segala usaha dan jentera telah digunakan bagi memastikan rantaian Covid-19 ini dapat dikawal sebaik mungkin utamanya sehingga negara mencapai sasaran ‘Herd Immunity’ penghujung tahun ini.

Seperti kita semua sedia maklum bahawa pandemik ini merupakan bencana pertama yang melanda dunia sehingga melumpuhkan ekonomi hampir kesemua negara termasuklah Malaysia. Kita telah lalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 yang lepas dimana sebahagian besar industri terpaksa ditutup sehingga menyebabkan ramai yang terkesan.

 

BANTUAN KERAJAAN

Biro Ekonomi Armada Malaysia percaya kerajaan benar merasakan kesengsaraan rakyat sepanjang pengalaman PKP 1.0 – PKP 3.0, kepedulian kerajaan ini adalah jelas sehinggakan pelbagai inisiatif telah diusahakan dan diberikan kepada rakyat serta sektor yang terkesan dengan pandemik dalam pada berusaha untuk tidak mengabaikan segenap lapisan masyarakat. Inisiatif yang diberikan kepada segenap kelompok masyarakat ini adalah mengikut keperluan dan kepentingan. Kami yakin setiap pemberian tersebut dapat meringakan beban rakyat walaupun ia tidak sepenuhnya.

Sebagai contoh, melalui Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 – GKP 3.0), banyak pemilik syarikat tidak kira dalam apa jua sektor diringakan beban sedikit sebanyak apabila disuntik sejumlah RM2,000.00 (dibayar secara berperingka, masing-masing pembayaran pertama dan kedua RM1,000.00) serta telah turut ditambah suntikan bantuan melalui pakej PEMERKASA+ (PLUS) sebanyak RM500.00. Bagi syarikat-syarikat besar pula, kerajaan telah membantu mereka melalui subsidi upah menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat sebanyak RM600 bagi setiap pekerja untuk majikan yang mempunyai pekerja tidak lebih dari 200 orang, perkara ini jelas telah membantu bagi mengelakkan terjadinya pengangguran berleluasa di kala pandemik.

Sebagai tanda prihatin dan tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan yang diketuai oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperuntukan sebanyak RM40 Billion dengan suntikan fiskal berjumlah 5 billion ringgit untuk PEMERKASA Plus (+) baru-baru ini bagi memastikan kesinambungan kehidupan rakyat Malaysia didalam menghadapi wabak Covid-19. Dengan pengumuman PEMERKASA Plus (+) ini, ianya telah membuktikan bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk membantu rakyat dan didalam waktu yang sama dapat bersungguh membantu dalam pemulihan ekonomi negara.

 

PEMULIHAN EKONOMI

Bagi Langkah pemulihan ekonomi pula, kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berunding dengan syarikat-syarikat serta agensi milik kerajaan untuk turut sama membantu meringakan beban rakyat melalui perkhidmatan yang mereka sediakan. Disebabkan itu banyak pihak khususnya golongan M40 telah menerima bantuan diskaun daripada pihak TNB, ruang untuk menguruskan wang simpanan melalui i-Sinar, Moratorium daripada pihak bank, termasuk menerima manfaat hasil persefahaman dengan syarikat telekomunikasi serta bermacam lagi bantuan dalam membantu pemulihan ekonomi masyarakat.

Ini antaranya merupakan jasa terbesar kerajaan melibatkan pengurusan yang efektif atas sumber kewangan negara dalam membantu dan mengurangkan beban rakyat saat masyarakat terpaksa menghadapi keadaan ekonomi yang kurang baik. Malah golongan orang kurang upaya (OKU) tidak terlepas dari menerima bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dan bantuan yang diberikan kepada golongan OKU merupakan bantuan yang terbesar didalam sejarah negara ini.

 

PELAN PEMULIHAN NEGARA

Biro Ekonomi Armada juga percaya, pengumuman yang telah diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin melalui Pelan Pemulihan Negara merupakan satu Langkah yang serius untuk negara keluar dari pandemik ini. Sudah tiba masanya, kerajaan mengambil langkah drastic dan bersasar setelah mengharungi wabak ini hampir 2 tahun lamanya. Melalui pelaksanaan pelan yang dilancarkan ini, kami lihat ianya bagaikan “serampang dua mata” dalam agenda negara menjadi bebas Covid dalam waktu yang sama sektor ekonomi dapat dibangunkan semula dan rakyat boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah bertungkus-lumus didalam memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat bantuan serta menikmati inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan. Kami juga yakin sebahagian besar rakyat Malaysia bersama-sama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangani wabak ini dan kita semua harus yakin bahawa kita akan menang suatu hari nanti. Masanya sudah hamper, inisiatif kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama rakyat Malaysia akan berhasil! Semoga segala usaha dan doa ini mendapat rahmat dari Allah SWT.

 

#KitaMestiMenang

#RakyatBersamaMuhyiddin

 

AHMAD SOBREE BIN ABAS

PENGERUSI

BIRO EKONOMI ARMADA MALAYSIA

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *