Kenyataan Datuk Wan Saiful, Ketua Penerangan BERSATU Malaysia

Saya menjunjung kasih dan merafak sembah atas keprihatinan tinggi yang dizahirkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta terutamanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui kedua-dua kenyataan yang dikeluarkan kelmarin. Pandangan-pandangan yang dinyatakan jelas menunjukkan betapa Duli-Duli Tuanku sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan rakyat dan tadbir urus negara.

Keperluan untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin adalah satu perkara yang disebut oleh YAB Perdana Menteri dan diulang sekali lagi semasa mengumumkan Pelan Pemulihan Negara. Kita doakan agar pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara segera menunjukkan hasil supaya matlamatnya akan tercapai.

Langkah-langkah susulan sedang diambil oleh kerajaan. Sudah semestinya yang paling penting ialah semua tindakan kita mesti dipandu oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.

Sementara itu, kita mesti teruskan tumpuan kepada usaha-usaha memerangi wabak COVID-19, kempen pematuhan SOP dan juga kempen vaksinasi. Semua jentera BERSATU akan terus istiqamah membantu masyarakat yang memerlukan melalui Bahagian-Bahagian dan Cawangan-Cawangan parti di seluruh negara.

Kita mesti segera keluar daripada belenggu wabak ini supaya kita dapat kembali kepada kehidupan harian seperti biasa.

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *