Program Ibadah Korban BERSATU Kubang Pasu berjalan lancar, 9 ekor lembu disembelih

CHANGLUN, 22 Julai – Program Ibadah Korban BERSATU Kubang Pasu berjalan lancar dengan penglibatan 33 cawangan hari ini.

Sebanyak sembilan ekor lembu disembelih pada program tersebut di mana lapan daripadanya untuk diagihkan kepada penduduk di Parlimen Kubang Pasu manakala seekor lagi diberikan kepada warga tentera di sebuah kem di situ.

Program itu dihadiri Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan negeri yang juga Ketua Bahagian BERSATU Kubang Pasu, Halimaton Shaadiah Saad.

Sementara itu, Halimaton menyifatkan program itu berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak.

“Alhamdulillah, selesai sudah program pengagihan daging korban BERSATU Kubang Pasu pada pagi tadi.

“Majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

“Terutama kepada Datuk Wan Saiful yang telah menyumbangkan 5 ekor lembu kepada BERSATU Kubang Pasu untuk dijadikan korban pada tahun ini,” katanya.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *