Ronald Kiandee tolak spekulasi PM letak jawatan

PUTRAJAYA, 12 Ogos — Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini menepis spekulasi yang ditularkan kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

“Tak dengar rumor (khabar angin) itu,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai hantaran yang tular di media sosial yang mendakwa Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dijangka menghantar surat peletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu ditemui pemberita selepas program sumbangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin di sini hari ini.

Beliau berkata parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) akan terus memberi sokongan padu kepada Muhyiddin untuk menerajui negara.

Semalam, pemimpin-pemimpin utama dalam PN bertemu Muhyiddin kira-kira dua jam di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *