33 kanak-kanak yatim piatu akibat COVID-19

POKOK SENA, 13 Ogos — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenal pasti seramai 33 kanak-kanak yang kehilangan tempat bergantung ekoran kedua ibu bapa atau penjaga mereka meninggal dunia akibat COVID-19 di seluruh negara setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kanak-kanak yang menjadi yatim piatu secara tiba-tiba itu akan dibantu dari segi keperluan sosial seperti penjagaan dan perkhidmatan kaunserling untuk mereka meneruskan kehidupan.

“Setakat ini senarai yang kita dapat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) ada 33 kanak-kanak. Kita mengalu-alukan penglibatan pemimpin masyarakat untuk melaporkan kepada kita sekiranya ada lagi kes kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa.

“Sebab kita tidak boleh jangka kes kematian ini. Laporan yang kita terima daripada KKM mungkin bertarikh sekian-sekian, tapi mungkin ada laporan yang lain boleh dimaklumkan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Kanak-kanak (RKK) Pokok Sena di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu akan diserah kepada ahli keluarga atau waris terdekat yang bersedia dan mempunyai kemampuan untuk menjaga mereka.

Author: editor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *