BERSATU Seru Rakyat Bersama Muhyiddin

Pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan betapa beliau sentiasa mencari jalan untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Iltizam Tan Sri Muhyiddin untuk menjaga rakyat dan menjana kembali ekonomi membuktikan betapa beliau merupakan seorang Perdana Menteri yang sentiasa mendahulukan rakyat dan negara.

Matlamat untuk memberi penekanan kepada memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat, dan menyokong kelangsungan perniagaan merupakan pendekatan yang bertepatan dengan keperluan semasa.

Rakyat perlukan tunai di tangan untuk membolehkan mereka berbelanja, baik untuk kehidupan seharian mahupun untuk menjaga kesihatan.

Semua lapan inisiatif dalam agenda “Memelihara Kebajikan Rakyat” pasti akan membantu mempertingkatkan jumlah tunai di tangan kita semua.

Sepuluh lagi inisiatif dalam kerangka “Menyokong Kelangsungan Perniagaan” pula akan memastikan pengusaha kecil dan sederhana yang menjadi tulang belakang ekonomi negara akan dapat terus menjalankan aktiviti mereka, lantas kekal menjadi majikan atau sumber pendapatan majoriti rakyat.

Semua ini akan mewujudkan kitaran ekonomi domestik yang lebih terjamin dan menyumbang kepada penjanaan kembali ekonomi negara.

BERSATU menggesa agar kerajaan meneruskan fokus kepada rakyat serta negara dan tidak menghiraukan suara-suara sumbang.

BERSATU yakin rakyat dapat melihat dengan jelas keikhlasan  Tan Sri Muhyiddin dalam menjaga negara ini, dan betapa besar beza antara beliau dengan mereka yang tidak habis-habis dengan kepentingan peribadi.

BERSATU juga mengajak semua pihak agar memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan dalam usaha-usaha yang dijalankan.

WAN SAIFUL WAN JAN
KETUA PENERANGAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *