Bekas PKR, DAP sertai BERSATU Bintulu, jumlah ahli bahagian Meningkat lebih 20,000 Terutama dalam masa tiga bulan

BINTULU 3 Feb. – Menaiktaraf dan membantu ekonomi penduduk luar bandar menjadi faktor daya tarikan utama ramai penduduk termasuk bekas ahli PKR dan DAP untuk menyertai BERSATU bahagian ini.

Ia sekaligus menunjukkan bahawa penduduk Bintulu yakin dengan keberkesanan serta keikhlasan usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengutamakan  agenda menaikkan taraf ekonomi luar bandar.

Ketua BERSATU Bahagian Bintulu, Duke Janteng memberitahu, perkembangan terbaharu menunjukkan sebanyak 78 orang menyertai BERSATU di Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju  dalam Bahagian Bintulu, baru-baru ini.

Jelasnya, keahlian BERSATU Bintulu meningkat melebihi 20,000 orang dengan peningkatan mendadak sejak tiga bulan lalu.

Kebanyakan yang menyertai BERSATU termasuk dalam kalangan bekas PKR dan DAP.

“Kaji selidik yang dijalankan mendapati antara faktor utama penyertaian begitu ramai dalam BERSATU kerana yakin dengan kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Di Bintulu yang merupakan kawasan luar bandar, agenda utama BERSATU bahagian ini ialah memperjuangkan dan membantu menaiktaraf ekonomi  penduduk.

“Penduduk rasa mereka dibela dan tidak diabaikan oleh pimpinan bahagian,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus member penerangan mengenai agenda BERSATU yang berkhidmat untuk rakyat  tanpa mengira kedudukan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *