BERSATU Bahagian, Ahli Parlimen Nibong Tebal sumbang kerusi roda kepada empat keluarga

NIBONG TEBAL 4 Feb. – Prihatin dengan nasib rakyat serta sesuai dengan agenda membantu masyarakat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian bersama Ahli Parlimen Nibong Tebal mengambil inisiatif membantu empat keluarga yang memerlukan bantuan segera.

Empat keluarga terbabit memerlukan bantuan kerusi roda bagi membolehkan ahli keluarga yang uzur untuk bergerak ke sana sini.

Ketua BERSATU Bahagian Nibong Tebal, Yaakob Osman memberitahu, pihaknya dengan kerjasama Ahli Parlimen, Datuk Mansor  Othman mengambil inisiatif  menyampaikan empat kerusi roda kepada empat keluarga berkenaan.

Menurut beliau, dalam program bantuan prihatin rakyat itu, pihaknya menyampaikan bantuan kepada keluarga di Sungai Duri dan Kampung Indera Timbalan, semalam.

“Jelas terbayang pada wajah keluarga terbabit kegembiraan apabila menerima bantuan kerusi roda.

“Inilah kewajipan BERSATU dengan kerjasama Parlimen Nibong Tebal. Kami berkhidmat untuk masyarakat.

“Kami akan turun padang untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan,”  katanya.

Dalam program penyampaian kerusia roda itu, ia turut dihadiri Ketua Penerangan Bahagian BERSATU.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *