Muhyiddin perkukuhkan hubungan pemimpin dan rakyat – PINTAR

KUALA LUMPUR 1 Mac – Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) yang juga Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM) , Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, kepemimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung telah memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan rakyat di negara ini.

Menurutnya, melalui hubungan erat itu, maka ia secara tidak langsung dapat menjayakan program-program yang dapat membantu rakyat terutama ketika negara masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Harapan kita kerajaan akan terus stabil dan dapat diperkukuhkan untuk menjayakan agenda-agenda membangunkan negara.

“Kita juga harap agenda pemerkasaan ekonomi rakyat perlu disegerakan bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menghadapi saat-saat sukar kerana ada yang terpaksa diberhentikan kerja, ada kalangan tidak dapat pekerjaan dan banyak lagi isu-isu lain.

“PINTAR juga berharap agar dasar Islam dapat diperkukuhkan dalam negara dengan memberi jaminan pemerkasaan hubungan harmoni antara kaum serta menjadikan Islam sebagai asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,’’ katanya.

Sehubungan itu, PINTAR meminta rakyat agar menghormati Islam sebagai agama Persekutuan dan tidak mencemarkan nama Islam dengan melakukan kesalahan syariah.

“Untuk itu, kerajaan boleh melipatgandakan usaha memahamkan rakyat mengenai syariat Islam,’’ katanya.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *