Taklimat Isu-isu Semasa oleh Jabatan Penerangan BERSATU Malaysia mendapat sambutan, reaksi memberangsangkan

KUALA LUMPUR 29 Jun – Jabatan Penerangan BERSATU Malaysia telah mengadakan Taklimat Isu-Isu Semasa melalui sidang video yang diketuai oleh Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

 

Buat permulaan taklimat berkenaan diadakan selama dua hari berturut-turut bermula dengan Terengganu dan diikuti negeri Kelantan.

 

Dalam taklimat lebih dua jam itu dengan Setiausaha Biro Penerangan BERSATU, Datuk Hishamuddin Abdul Karim bertindak sebagai penyelaras sidang video, pelbagai isu semasa disentuh termasuk keahlian, pakej rangsangan diperkenalkan oleh kerajaan, vaksin, kerjasama antara parti-parti politk serta masa depan BERSATU.

 

Peserta sidang video itu melibatkan Ketua-ketua Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Penerangan Srikandi dan Ketua Penerangan Armada.

 

Selain taklimat dan penerangan daripada Wan Saiful, peserta turut melontarkan pelbagai persoalan melibatkan parti BERSATU selain kerjasama dengan parti-parti politik di dalam Perikatan Nasional (PN).

 

Taklimat Isu-isu Semasa itu akan diperluaskan ke negeri-negeri lain dan dijangka dalam masa terdekat ini bakal melibatkan ahli-ahli dari negeri Pahang.

 

Lebih 110 peserta menyertai sidang video itu bagi negeri Terengganu dan Kelantan.

 

Melalui taklimat berkenaan, peserta mendapat penjelasan yang tepat setiap isu semasa dibincangkan selain penjelasan mengenai peranan serta tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Ketua-ketua Penerangan di peringkat Bahagian dan Sayap BERSATU.

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *