“Kami tidak rasa dipinggirkan. Yang penting kesusahan kami dan penduduk segera disalurkan.”

PADANG SERAI 3 Julai – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Taufik Yakob bersama Ketua Bersatu Bahagian Padang Serai, Khairul Anuar Ramli turun padang menyantuni masyarakat di sekitar Taman Desa Seni di sini.

 

Langkah mendekati masyarakat dengan pematuhan SOP yang ketat itu antara lain bertujuan menyerahkan bakul makanan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

 

Sebanyak 15 keluarga menerima sumbangan bakul makanan dari Bersatu Padang Serai.

 

Kehadiran Taufiq Yakob yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Negeri Kedah bersama Khairul ke Parlimen Padang Serai setelah menerima keluhan penduduk yang memerlukan bantuan.

 

Kalangan keluarga yang menerima bakul makanan itu termasuk mereka yang hilang punca pendapatan.

 

Maklum balas penduduk yang menerima bakul makanan itu mereka menyatakan amat berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana prihatin masalah rakyat.

 

“Walaupun hilang punca pendapatan namun kami sekeluarga masih dapat menerima kesinambungan hidup kerana kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa henti.

 

“Banyak bantuan dan ia sentiasa sahaja ada dihulurkan sejak pelaksanaan PKP lagi.

 

“ Kami tidak rasa dipinggirkan. Yang penting kesusahan kami dan penduduk segera disalurkan serta sampai kepada pemimpin masyarakat agar keperluan kami dapat dipenuhi,” kata seorang penduduk.

 

Sementara itu, Taufik menggesa masyarakat Parlimen Padang Serai khasnya dan rakyat Malaysia umumnya agar sentiasa mematuhi SOP dan sentiasa bersama kerajaan Malaysia untuk #kitamenangbersama.

 

 

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *