PEMULIH: BUKTI KERAJAAN KOMITED RINGANKAN BEBAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA BERSAMA KETUA-KETUA PENERANGAN PARTI-PARTI DALAM KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

Jentera Penerangan parti-parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyokong Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari. Jentera semua parti-parti yang kami wakili akan memainkan peranan memastikan mesej penting mengenai pakej bantuan kerajaan akan sampai ke akar umbi.

 

Kami juga menyeru seluruh lapisan rakyat segera mengambil manfaat daripada setiap insentif yang disediakan.

 

Antara insentif yang disediakan adalah moratorium tanpa syarat kepada semua peminjam individu. Tawaran ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak bank bagi meringankan bebanan rakyat yang terjejas pendapatan. Namun dinasihatkan agar peminjam tidak menambah komitmen kewangan lain jika tidak terdesak.

 

Selain itu, golongan yang terjejas boleh memanfaatkan program Bantuan Bakul Makanan yang diperuntukkan kepada semua Ahli Parlimen. Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, Kerajaan PN mengambil sikap untuk mengenepikan perbezaan politik dan memberikan peruntukan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira sikap mereka terhadap kerajaan. Rakyat perlu mendapatkan maklumat mengenai pakej bantuan ini daripada Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen masing-masing.

 

Kami menyeru pemimpin di semua peringkat, agensi-agensi berkaitan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak-pihak bertanggungjawab agar sama-sama memastikan maklumat mengenai pakej rangsangan ekonomi daripada kerajaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

 

Kami akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin menjayakan Pelan Pemulihan Negara dengan memperkasakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Program vaksinasi akan menjadi kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19.

 

Kami menyeru kita semua bersama-sama dalam memerangi kesan daripada wabak Covid-19. Jika kita bekerja bersama, kita akan menang bersama. Lindung diri, lindung semua.

 

 

DATUK WAN SAIFUL WAN JAN

Ketua Penerangan,

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

 

KAMARUZAMAN MOHAMAD

Ketua Penerangan,

Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

 

CHIN VUI KAI

Ketua Penerangan,

Parti Maju Sabah (SAPP)

 

JEFFREY KUMIN

Ketua Penerangan,

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)

 

KOO SHIAW LEE

Ketua Penerangan,

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN)

 

DATUK V GUNALAN

Ketua Penerangan,

Malaysian Indian Congress (MIC)

 

CHAN QUIN ER

Pengerusi Biro Penerangan,

Malaysian Chinese Association (MCA)

 

KHAIRIN BADOR

Ketua Penerangan,

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

 

YONG LI NA

Setiausaha Penganjur Kebangsaan,

Parti Demokratik Progresif (PDP)

 

YB DATUK JULITA MAJUNGKI

Ketua Penerangan,

Parti Bersatu Sabah (PBS)

 

DATO’ IDRIS BUANG

Ketua Penerangan,

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)

 

DATUK WILFRED NISSOM

Ketua Penerangan,

Parti Rakyat Sarawak

 

ADAM YII

Setiausaha Penerangan dan Publisiti,

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)

Author: Sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *