SEGAMAT 11 Feb. – Menyantuni golongan warga emas di tiga buah rumah orang-orang tua menceriakan para penghuni di rumah berkenaan dalam program anjuran Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sekijang, di sini.
Dalam kunjungan yang turut disertai oleh pemimpin Pas itu, peserta program menyerahkan buah limau, barangan makanan serta cecair pembersih tangan.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Sekijang, Mat Han Kasim memberitahu, program PN itu sebagai usaha mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di parlimen berkenaan.
“Kita adakan kunjungan dari rumah ke rumah selain rumah orang-orang tua.
“Program sempenan sambutan Tahun Baharu Cina ini antara lain bagi mengeratkan perpaduan berbilang kaum di Sekijang,’’ katanya.
Program itu turut disertai Yang Dipertua Pas Kawasan Sekijang, Maarof Abd. Mutalib, Ketua Muslimat Pas Sekijang, Normala Sudirman dan Ketua Srikandi bahagian, Maimun Mohd. Ali.